Pages

Harga Emas Terkini Ar-Rahnu


Ar-Rahnu

999

(24K)

916

(22K)

Bank Rakyat/Exchange

199.99

183.33

Bank Muamalat

179.07

161.19

Agro Bank

203.06

186.00

Bank Islam

175.40

172.40

YaPEIM

192.00

176.00

MAIDAM

(Terengganu Shj)

199.16

182.43

Pos Malaysia

172.36

155.12

*Update 22 Jamadil Akhir 1438H

Harga Emas Dunia

Monday 30 October 2017

Emas Dalam Komputer


Assalamualaikum..

Salam bajet 2018 Negara Malaysia yang terCINTA. First post admin pada tahun 2017 ni, masa sentiasa mencemburui kita dengan begitu banyak kerja yg perlu disetelkan sampai tak sempat update blog (sebenarnya malas). So, ada ke emas dalam komputer?. YA, anda boleh mendownload emas di laman sengsawang iaitu www.emas10.com secara percuma, install di komputer anda dan print emas maksimum 1kg setahun tanpa GST*. Tidak tuan/puan, tidak semudah itu nak buat duit selain masuk skim cepat sontot.

     Sebenarnya EMAS dalam Komputer adalah pada kompenen-kompenen yang ada pada komputer tu. Tidak hanya pada komputer, tapi hampir kesemua barangan elektronik menggunakan emas seperti pada telefon, kapal terbang, roket, satelit, kereta myvi, volkswagen golf gti dan basikal elektrik. Sebab ?,

azom.com
geology.com

Maksudnye, emas ni memang terbaik untuk perjalanan elektrik pada alatan elektronik. 




Random Access Memory (RAM)
Antara parts yang paling banyak kandungan emasnya adalah RAM, Graphic Card, Network Card etc., Rajah menunjukkan RAM dan dalam petak kuning tu(gigi RAM), mempunyai emas dalam kadar yang sedikit. Dalam gigi RAM tu ada emas dimana ianya memerlukan proses tertentu untuk mengeluarkan/mengasingkan emas dengan bahan lain (yg menghasilkan gigi RAM) itu. Macam emas bermutu 916 jugak la, bukan 100% emas, cuma 91.6% adalah emas, baki 8.4% tu adalah campuran lain seperti copper/zink dll.
*"gigi RAM" adalah bahasa admin sendiri, merujuk kepada bahagian bawah RAM atau omputih panggil "fingers".


       Banyak video sudah ada di internet mengenai proses mengeluarkan emas dari parts komputer ni, admin pilih video di bawah kerana ianya bersubtitle, senang nak faham ape kejadah yang dileteri oleh pencipta video recover emas ni.


Kesimpulan dari video :

Bahan-bahan kimia yang diperlukan : muriatic acid, hydrogen peroxide & bleach.


500gram (gigi RAM/fingers) = 1gram pure gold


So, untuk keluarkan emas dari parts komputer perlu melalui proses kimia dan bahan-bahan untuk buat semua ni agak costly. Banyak untung ni kalo buat banyak2, kalo sikit2, cukup la sekadar hobi/belajar. Nak cari scrap ni pun bukan senang, kalo boleh dapat free, bleh la buat duit sikit2.

***Kredit kepada tukang buat video, admin sendiri tak tahulah bila nak buat ni, sekadar belajar. Kalau saudara/saudari dah dari bidang ni, try la buat. Mana tau terhasil cara lain yang lebih mudah & murah untuk recover emas dari bahan buangan ni.