Pages

Harga Emas Terkini Ar-Rahnu


Ar-Rahnu

999

(24K)

916

(22K)

Bank Rakyat/Exchange

199.99

183.33

Bank Muamalat

179.07

161.19

Agro Bank

203.06

186.00

Bank Islam

175.40

172.40

YaPEIM

192.00

176.00

MAIDAM

(Terengganu Shj)

199.16

182.43

Pos Malaysia

172.36

155.12

*Update 22 Jamadil Akhir 1438H

Harga Emas Dunia

Tuesday 1 September 2015

Alat Menguji / Menilai Emas

Di bawah ini adalah di antara alat-alat untuk menguji ketulenan emas yang biasa diguna di kedai-kedai Emas, Ar-Rahnu dan seangkatan dengannya. Sebagai pengenalan, hanya gambar dan sedikit ulasan sahaja, cara penggunaan lebih detail InsyaAllah admin-$ akan menglipur lara pada masa akan datang. Kalau ada request lagi cepat serta bersemangat admin-$ nak buat. Hehe. #Staytium


Neodymium Magnet

Kecik-kecik cili padi. Magnet ni kecik je, tapi sangat-sangat kuat daya penarikannya. Kalau tengok kat gambar tu, ada nampak kesan terserpih kan, Itu la akibat admin-$ main-main dengan 2 biji magnet ni. Memang sangat kuat sampai bila berlaga pun berkecai. Kalau ade besi dalam emas tu komfem lekat punya.




Densimeter

Ini alat paling femes untuk menguji emas. Biasa diguna di Ar-Rahnu & Kedai Emas. Menguji Emas dengan teori ketumpatan (berat normal vs berat dalam air). Barang emas padat memang makanan dia lah. Tapi kalau emas hollow, memang kelemahan dia.



Batu Sungai

Antara kaedah lama untuk menilai emas. Tores sahaja emas ke batu ini maka hasilnya adalah garisan kekuningan yang bermakna emaslah itu. Jika anda tores dengan perak, nescaya garisan keputihan akan terhasil (kalau tak silap, tapi bukan kuning la). Hadirin-hadirat boleh lihat hasil toresan dalam gambar tersebut, itulah warna garisan hasil toresan emas tulen. Maka hipotesis sains tingkatan 5 yang boleh kita simpulkan adalah, "Semakin rendah mutu emas, semakin cerah warna kuningannya".



Kunci Emas

Selain dari kunci pintu hati, kunci emas juga sangat bernilai. Digunakan bersama batu sungai untuk menilai mutu emas. Hasil toresan barang emas di batu tadi, dibandingkan pula dengan toresan kunci emas pada batu yang sama. Maka lebih mudah untuk mengenali mutu emas kerana pada kunci emas sudah tertera apakah mutu warna toresan tersebut, samaada 24k,23k dan sebagainya.



Asid

Antara jenis asid yang terbaik untuk menilai emas kerana ia sudah diklasifikasikan. Digunakan bersama batu sungai atau mana-mana batu uji emas. Admin-$ jarang guna kecuali untuk emas-emas tertentu. Agak merbahaya dan perlu berhati-hati ketika guna. Kena tangan memang gatal dan perlu cepat-cepat basuh. Tidak sesuai untuk diminum walaupun ketika darurat.



Loupe (Kanta Pembesar)

Kanta pembesar digunakan untuk melihat cop mutu pada barang emas. Boleh guna mana-mana jenis kanta pembesar mengikut citarasa sendiri. Gambarajah menunjukkan kanta pembesar yang biasa digunakan untuk melihat cop mutu emas.



Mesin XRF Fluorescence

Mesin TERBAIK untuk menilai emas. Menggunakan teknologi X-ray, scan terus barang emas tersebut dan hasilnya sangat details. Admin-$ pernah try semasa Seminar anjuran Yapiem di Kuantan dahulu. Sesetengah Ar-Rahnu Yapiem guna mesin ni. Walaupun ade langkah-langkah safety, admin-$ tetap rasa ianya agak berisiko terhadap diri kita. Main dengan barang x-ray ni, hari-hari pula tu, mesti sedikit sebanyak memberi kesan juga dekat diri kita (pandangan Admin-$ shj). Agak kurang mendapat sambutan di kalangan penggiat emas kerana kosnya yang menusuk kalbu, tak silap admin-$ RM25K - RM30K.





Diamond Selector
Bukan untuk uji emas, tetapi untuk lihat sejauh mana keaslian berlian yang bertatah pada barang emas seperti cincin, loket dan seangkatan dengannya.




Auracle AGT3
Sebuah alat uji emas yang terbaik juga bagi admin. Menguji emas ala-ala pen. Admin sendiri pernah test alat ni dan memang terbaik untuk mengesan mutu emas. Boleh jadi sebagai pengganti kepada Batu Uji + Asid Test malah lebih selamat dari itu kerana tak perlu main asid bagai.

5 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan dari mana ya saya boleh dapatkan peralatan-peralatan uji emas seperti yang tuan senaraikan diatas?

    ReplyDelete
  2. Wa`alaikummusalam w.b.t

    boleh try contact sini :

    1)Penguji Emas (ni admin punye kawan, sebut name web emas10.com, dpt la admin komsen buat bayar tenet..hehe)
    https://www.facebook.com/pengujiemas/?hc_ref=SEARCH
    0162197033
    -densimeter, alat uji emas dll..

    2) AUE Creation
    http://www.jualbeliemas.com.my/
    0183775123


    admin biase berurusan dengan 2 kompeni ni untuk beli barang uji emas. "Penguji Emas" tu lebih kepada barang mahal2 (densimeter, agt) tp barang kecik2 pun ade jugak..
    "AUE Creation" pula admin beli barang2 yang takde dekat "penguji emas"..
    untuk barang-barang kecik (magnet, kanta, acid dll) boleh kontek :
    017 972 8494 (whatsapp available)..

    ReplyDelete
  3. Saye nak bli diamon tester kat mane saye boleh membelinya

    ReplyDelete
  4. Saye nak bli diamon tester kat mane saye boleh membelinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try kat lazada..search je "diamond tester"


      atau terus ke link ni :

      https://www.lazada.com.my/catalog/?from=input&q=diamond%20tester&location=West%20Malaysia

      Delete