Pages

Harga Emas Terkini Ar-Rahnu


Ar-Rahnu

999

(24K)

916

(22K)

Bank Rakyat/Exchange

199.99

183.33

Bank Muamalat

179.07

161.19

Agro Bank

203.06

186.00

Bank Islam

175.40

172.40

YaPEIM

192.00

176.00

MAIDAM

(Terengganu Shj)

199.16

182.43

Pos Malaysia

172.36

155.12

*Update 22 Jamadil Akhir 1438H

Harga Emas Dunia

Monday 7 September 2015

Kursus : Mengenal & Menilai Emas & Berlian

 Assalamualaikum warga emas-10 sekalian.Lambat pula admin update pasal admin kena hadir 3 kursus berlainan straight 1 minggu sekaligus. Laptop pula tak bawa, nak update ikut henpon nokia berlampu suluh internet pulak takde. Sekarang ni pun tengah kursus pengurusan aset 3 hari. Best jugak pergi kursus, boleh la sedikit sebanyak tambah ilmu. Baru la hari ni lebih baik dari hari semalam, ye tak..






Kursus ni dikendalikan oleh team Versa Gold (VG). Ini adalah kali kedua admin berguru dengan VG, kali pertama pada april 2014. Yunus Yeo, itulah nama trainer VG yang namanya ala-ala cina sikit. Seorang pemuda admin rasa tak sempai 30-an lagi, tapi ilmu logam beliau sangat power. Dah memang bidang beliau mesti la power lebih-lebih lagi nak mengajar orang lain pulak.  





Mana satu paling mahal?
Kursus kali ni lebih kepada mengenal berlian. Memandangkan banyak barang-barang kemas sekarang, rata-rata bertatahkan berlian, so harga barang kemas tersebut dapat kita nilai dengan anggaran keseluruhannya (termasuk berlian). Berlian warna Biru & Merah adalah paling mahal kerana ia adalah RARE (semasa proses kejadian "karbon" 99.75% dalam gunung berapi, hadir gas lain yang menjadikan berlian itu berwarna Merah/Biru).





Berlian untuk menjaga Status
Berlian dinilai berdasarkan 4 ciri. Pemotongan, Warna, Kejernihan & karat. 1gram bersamaan dengan 0.2 karat. Berlian berbentuk bulat lebih mahal dari bentuk-bentuk yang lain kerana semasa proses pemotongan, ia memerlukan sebuah berlian yang besar dimana lebihan (wastage) turut sekali dihitung.





Tungsten
Sekarang banyak penipuan emas dikesan melibatkan jongkong emas. Antara bahan yang digunakan adalah Tungsten. Tungsten mempunyai ketumpatan yang sama dengan emas. Penipuan jenis ini sangat sukar dikesan lebih-lebih lagi bila diuji dengan mesin densimeter. Magnet tiada kesan kerana tungsten tidak melekat pada magnet. Memandangkan kemampuan mesin/alat uji emas agak terbatas & masing2 mempunyai kelebihan/kelemahan tersendiri, admin mengesyorkan supaya membedah (belah saja) jongkong tersebut sepertimana dibuat di sesetengah kedai emas bila anda bersetuju untuk menjualnya. 





Berat Normal vs Berat dalam air


Tungsten, Emas, SAMA KETUMPATAN
Tungsten & Emas 10 mempunyai ketumpatan yang sama. Lihat hasil ujian tungsten di atas. 24K!
Jika diuji Emas bermutu 999 pun hasilnya adalah 24K. Hati-hati dengan jongkong emas yang jarang dilihat terutama yang tidak bersijil. 






Antara cara lain menguji barang kemas adalah melihat bacaan "sg" pada Densimeter itu.

2 comments:

  1. Salam, boleh saya dapatkan nombor Encik Yunus Yeo dari Team Versa Gold ini?

    ReplyDelete
  2. wa`alaikummussalam..
    nombor beliau hilang pula dalam simpanan.
    tapi boleh cuba hubungi melalui facebook versagold.

    https://www.facebook.com/Versagold-Resources-1130500580313181/?hc_ref=SEARCH&fref=nf

    ReplyDelete