Berhati-hati jika ada seseorang offer jual atau pajak cincin berat lebih 10 gram . Cop 916 dan MG. Cincin ini disadur dengan emas dan isinya ialah Tungsten.
Saiz cincin ini tiada dalam saiz pengukur cincin, "Kilang" ini sengaja buat untuk tipu.
______________________________________________________________________________
*Dipetik dari fb.com/pengujiemas
Admin : Salah satu perbezaan tungsten & emas adalah kekerasan. Jika cincin ini diuji dengan densimeter, sudah tentu akan dapat 24K kerana ketumpatan tungsten & emas adalah sama ( Boleh rujuk sini ). So, emas 24k@999 ni cirinya agak lembut sikit, kalau cincin tu emas 24k, kau try gigit sikit mesti ade tinggal kesan, kalau gigi saudara-saudari patah, maknanya tungsten atau logam lain la tu, tapi kalau gigi kalian patah semua, maknanya kau gigit cincin ni depan tuan dia.
Dalam kes ini, magnet juga failed sebab tungsten tidak bertindak balas pada magnet. So, cara terbaik serta termurah adalah guna batu uji + asid. Tores emas tu kuat sikit di bahagian tepi(bucu) sebab bahagian ni susah untuk disalut tebal. Biasanya otai/orang lama pegang cincin ni pun dah dapat detect. Jarang sangat Cincin Tungsten ni boleh lepas Kedai Emas / Ar-Rahnu. So, mangsanya admin rasa ramai di kalangan rakyat jelata yang beli emas tanpa ilmu dengan penjual freelance.
No comments:
Post a Comment