Cara pajak emas di Ar-Rahnu
بسم الله الرحمن الرحيم
Sebenarnya dah banyak tutorial cara untuk membuat gadaian di Ar-Rahnu yang dikongsi di facebook dan juga blog. Google saja mesti jumpa. Ini cara gadaian di Ar-Rahnu versi admin pula. Lain penulis lain cara, semoga bermanfaat untuk para pembaca.Apa yang perlu dibawa ?
i. Kad Pengenalan asal dan Salinan
ii. Emas (Jika Gold Bar/Dinar, bawa sekali sijil@resit pembelian, biasanya Ar-Rahnu akan minta)
iii. (Ar-Rahnu Bank mewajibkan Penggadai untuk membuka akaun)
-update sept.2016: admin baru pergi bank rakyat, & bank rakyat telah memansuhkan syarat nak
gadai wajib buka akaun. Mungkin sebab nak buka akaun ni lama, jadi kita sebagai customer pun
bukan rajin sangat nak tunggu lama2. Baik pergi ArRahnu yg under koperasi lagi cepat & simple
urusannye. Bank lain pun mungkin tidak mewajibkan lagi syarat ni.
Step :
i. Anda serahkan emas anda untuk ditaksir/dinilai oleh staf Ar-Rahnu
ii. Staf Ar-Rahnu akan memberitahu nilai gadaian/pinjaman & upah simpan
iii. Anda boleh memilih untuk tidak mengambil nilai gadaian maksimum, contoh :nilai gadaian / pinjaman yang diberitahu adalah RM5,000, anda cuma mahu pinjam RM4,000. Tapi ingat, upah simpan tetap sama kerana ia dikira berdasarkan nilaian emas, bukan nilai yang anda pinjam,
iv. Sedikit briefing dari staf Ar-Rahnu mengenai gadaian anda (bila tamat, berapa lama boleh sambung, upah simpan untuk sebulan/setengah bulan). Anda boleh tanya kalau staf tu tak bagitau.
v. Berlaku Ijab & Qabul..Setel, dapat duit bayar hutang ptptn..kuikuikui..
Surat Akuan Gadaian (SAG)
Setelah membuat gadaian, anda akan menerima SAG sebagai rujukan details gadaian anda.
![]() |
Contoh Surat Akuan Gadaian |
-Tarikh Gadai dan Tamat/Matang
-Keterangan Marhun (Kategori Emas, Mutu, Berat)
-Nilai Taksiran
-Nilai Gadaian/Pinjaman
-Upah Simpan
Cara Mengira Nilai Gadaian & Upah Simpan
be right back....
No comments:
Post a Comment