Pages

Harga Emas Terkini Ar-Rahnu


Ar-Rahnu

999

(24K)

916

(22K)

Bank Rakyat/Exchange

199.99

183.33

Bank Muamalat

179.07

161.19

Agro Bank

203.06

186.00

Bank Islam

175.40

172.40

YaPEIM

192.00

176.00

MAIDAM

(Terengganu Shj)

199.16

182.43

Pos Malaysia

172.36

155.12

*Update 22 Jamadil Akhir 1438H

Harga Emas Dunia

Wednesday 2 September 2015

Zakat Emas



Perkara paling UTAMA sebelum kalian memiliki emas adalah tahu dan peduli dengan ilmu ZAKAT EMAS.  Bukan ilmu temberang keluar masuk keluar masuk Ar-Rahnu lepas tu tersontot #jomemas (sapa yg tahu dia paham, hehe). Setiap bulan konsisten beli emas tapi tak tau pun untuk keluarkan zakat emas yang sudah tertulis di dalam qalam Allah s.w.t.


Syarat dan cara untuk keluarkan saudara/saudari boleh rujuk di website Pejabat Urusan Zakat negeri masing-masing kerana lain negeri lain urufnya. Sama macam bayar zakat fitrah juga, kadarnya adalah berbeza mengikut negeri.

Bagi rakyat terengganu, boleh rujuk web sahabat admin yang memang di dalam bidang zakat. Jika nak jemput beliau bagi tazkirah zakat pun boleh.
Ustaz Azlan Kahlid
http://umarfarouq.blogspot.com/2014/11/zakat-emas-di-negeri-terengganu.html

@

http://www.terengganu.gov.my/maxc2020/baitulmgmt/gen.zakatEmas.php





Cara Keluarkan Zakat Emas

Admin bukan/belum lagi seorang hartawan yang memiliki emas 10 setinggi Gunung Jerai. So, ni admin kongsi gambar resit zakat emas yang admin bayar di mana pemilik emasnya bukanlah admin, ambil berkat tolong pergi bayar je lah moga2 dapat pahala.

Butiran Emas :

Emas ni berbentuk gold bar & syiling. So, sudah tentu emas ini termasuk dalam kategori "Emas Simpan" dimana urufnya adalah 85gram.

Mengikut maklumat tuan empunya emas (abg ipar admin). 80g gold bar telah dibeli pada bulan Disember  2013, dan pada Februari 2014 , beli lagi 2 syiling 4.25g setiap satu. So, total pada Februari 2014 adalah 88.5g bermakna Februari 2014 adalah bulan bermulanya haul zakat emas beliau,
Justeru itu, Februari 2015 cukup setahun pemilikan sempurna ke atas 88.5g emas tersebut & wajiblah zakat ke atasnya.
*haul ni dikira mengikut tahun hijrah, bukan masihi.
*di atas admin sengaja guna tahun masihi untuk pembaca senang faham.

total emas : 88.5g
harga emas 1gram : RM 134.49
kadar zakat : 2.5%


.:   88.5g x RM134.49 x 2.5% = RM298






*Resit ni boleh diguna untuk claim balik kat income tax.

Sekian, Wassalam
#staytune

No comments:

Post a Comment