Pages

Harga Emas Terkini Ar-Rahnu


Ar-Rahnu

999

(24K)

916

(22K)

Bank Rakyat/Exchange

199.99

183.33

Bank Muamalat

179.07

161.19

Agro Bank

203.06

186.00

Bank Islam

175.40

172.40

YaPEIM

192.00

176.00

MAIDAM

(Terengganu Shj)

199.16

182.43

Pos Malaysia

172.36

155.12

*Update 22 Jamadil Akhir 1438H

Harga Emas Dunia

Saturday 31 October 2015

[Off Topic] Tahniah Pasukan JDT !!!!!



Kami dari warga emas10.com mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) atas kemenangan 0 - 1 ke atas FC Istiklol seterusnya dinobatkan sebagai Juara AFC Cup Final 2015 yang berlangsung di STADIUM CENTRAL REPUBLICAN, DUSHANBE, TAJIKISTAN, 31 Oktober 2015. Walaupun admin bukan orang johor, tapi admin turut berbangga atas kejayaan tersebut. Besar makna kejayaan ini kepada kita di Asia Tenggara terutama di Malaysia kerana JDT merupakan pasukan pertama dari Asia Tenggara yang berjaya membawa pulang Piala AFC. Tahniah kepada pihak pengurusan JDT. 

Tuesday 27 October 2015

[Uji Emas] Ultrasonic Thickness Gauge




Cara Uji Emas (Gold Bar Besar)
Ultrasonic Thickness Gauge


Bagaimanakah untuk menguji Gold Bar yang tebal seperti dalam gambar berikut?

Jawapannya ialah dengan menggunakan Ultrasound Thickness Gauge. Mari kita bincang bagaimana Ultrasound ini berfungsi? Alat Ultrasound akan memancarkan gelombang frekuensi kedalam sampel, frekuensi tersebut akan memancarkan kembali jika ia menemui sample yang berlainan.

Contohnya jika kita ingin mengetahui kedalaman laut, kapal akan memancarkan gelombang frekuensi Ultrasound kebawah laut dan gelombang frekuensi Ultasound tersebut akan melontar balik kepada kapal apabila gelombang frekuensi Ultrasound itu sampai di dasar laut. Jadi alat Ultrasound dapat mengira kedalaman laut dengan mengira masa frekuensi yang diterima.

Sebelum memulakan penggunaan Ultrasonic Thickness Gauge, ketebalan sampel perlu diukur dan gel perlu disapu untuk menghilangkan udara sentuhan probe dengan logam. Jika ketebalan sample adalah 10cm tetapi bacaan alat menunjukkan bacaan 5cm maka bermaksud terdapat sesuatu di dalam sample itu.

Ultrasonic Thickness Gauge sesuai untuk Gold Bar yang besar sahaja, ia tidak sesuai untuk pengujian barang kemas atau barang hollow. 


*Dipetik dr fb.com/pengujiemas
___________________________________________________________________________________________

Admin tak pernah jumpa alat uji emas ni..Ye lah, main emas kecik2 je mane nak jumpa alat untuk emas high level ni. Emas besar2 macam ni mungkin banyak kat bank2 sebagai reserve.

Monday 19 October 2015

[Ar-Rahnu] Cara Membuat Gadaian

Cara membuat gadaian di Ar-Rahnu
Cara pajak emas di Ar-Rahnu

بسم الله الرحمن الرحيم
Sebenarnya dah banyak tutorial cara untuk membuat gadaian di Ar-Rahnu yang dikongsi di facebook dan juga blog. Google saja mesti jumpa. Ini cara gadaian di Ar-Rahnu versi admin pula. Lain penulis lain cara, semoga bermanfaat untuk para pembaca.


Apa yang perlu dibawa ?
i.   Kad Pengenalan asal dan Salinan
ii.  Emas (Jika Gold Bar/Dinar, bawa sekali sijil@resit pembelian, biasanya Ar-Rahnu akan minta)
iii. (Ar-Rahnu Bank mewajibkan Penggadai untuk membuka akaun)
     -update sept.2016: admin baru pergi bank rakyat, & bank rakyat telah memansuhkan syarat nak
      gadai wajib buka akaun. Mungkin sebab nak buka akaun ni lama, jadi kita sebagai customer pun
      bukan rajin sangat nak tunggu lama2. Baik pergi ArRahnu yg under koperasi lagi cepat & simple
      urusannye. Bank lain pun mungkin tidak mewajibkan lagi syarat ni.

Step :
i.   Anda serahkan emas anda untuk ditaksir/dinilai oleh staf Ar-Rahnu
ii.  Staf Ar-Rahnu akan memberitahu nilai gadaian/pinjaman & upah simpan
iii. Anda boleh memilih untuk tidak mengambil nilai gadaian maksimum, contoh :nilai gadaian / pinjaman yang diberitahu adalah RM5,000, anda cuma mahu pinjam RM4,000. Tapi ingat, upah simpan tetap sama kerana ia dikira berdasarkan nilaian emas, bukan nilai yang anda pinjam,
iv. Sedikit briefing dari staf Ar-Rahnu mengenai gadaian anda (bila tamat, berapa lama boleh sambung, upah simpan untuk sebulan/setengah bulan). Anda boleh tanya kalau staf tu tak bagitau.
v. Berlaku Ijab & Qabul..Setel, dapat duit bayar hutang ptptn..kuikuikui..


Surat Akuan Gadaian (SAG)
Setelah membuat gadaian, anda akan menerima SAG sebagai rujukan details gadaian anda.

Contoh Surat Akuan Gadaian
Apa yang admin nak highlight pada SAG ni adalah butiran penting yang kalian perlu pastikan sebelum meninggalkan Ar-Rahnu.
-Tarikh Gadai dan Tamat/Matang
-Keterangan Marhun (Kategori Emas, Mutu, Berat)
-Nilai Taksiran
-Nilai Gadaian/Pinjaman
-Upah Simpan


Cara Mengira Nilai Gadaian & Upah Simpan
be right back....

Saturday 17 October 2015

[Uji Emas] Densimeter


Densimeter
Setiap logam mempunyai ketumpatan yang tersendiri, contohnya ketumpatan emas ialah 19.3g/cm3, perak ialah 10.49g/cm3.
Cara untuk mendapatkan ketumpatan ialah: berat / isipadu
Inilah cara Densimeter mendapat ketumpatan sesuatu logam.Disebabkan campuran logam yang berbeza akan memberikan bacaan ketumpatan yang berbeza misalnya campuran tembaga dan perak dalam emas akan mengurangkan ketumpatan emas, jadi penggunaan Densimeter dapat memberi keputusan terhadap mutu ketulenan emas dengan cepat dan tepat.
Densimeter kini dipakai dan dipercayai oleh seluruh arrahnu di Malaysia. Tetapi terdapat beberapa perkara harus diberi tumpuan semasa menggunakan Densimeter:
1) Barang Kemas yang mempunyai batu permata atau hollow tidak dapat diuji dengan Densimeter. 
2) Densimeter tidak dapat menguji berat barang sampel yang 5 gram ke bawah ( bergantung model) [biasanya ada tertulis pada densimeter berat barang yang mampu untuk diuji]
3) Tungsten mempunyai ketumpatan 19.25g/cm3 yang hampir sama dengan ketumpatan emas 19.3g/cm3, Jadi Densimeter tidak dapat membezakan Tungsten dengan Emas.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday 16 October 2015

[Kes Emas] Perompak larikan peti besi kedai emas

Perompak larikan peti besi kedai emas
Kedai emas yang berjaya dimasuki oleh perompak di Jalan Tok Hakim

KOTA BHARU, 15 Oktober 2015 - Satu daripada tiga peti besi sebuah kedai emas di bandar ini berjaya ditebuk perompak dan barangan kemas di dalamnya dilarikan dalam kejadian Jalan Tok Hakim, di sini, semalam.

Kejadian disedari pemilik kedai emas itu, Mohd Zulkifli Mokhtar,49, yang bersama isteri datang untuk membuka operasi perniagaan pada jam 10 pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, perompak masuk melalui belakang dengan memanjat dinding serta menebuk siling sebelum terjun ke bahagian dalam kedai terbabit.

"Kejadian dipercayai berlaku antara jam 10 malam semalam dan 6 pagi tadi oleh empat suspek yang profesional.

"Turut dijumpai topeng muka dan lapan pasang sarung tangan dipercayai digunakan secara bergilir bagi mengelak peluh yang boleh memberi kesan DNA," katanya.

Jumlah kerugian dilaporkan mencecah RM200,000.


Sumber : Sinar Harian
Artikel Asal : SinarHarian.com.my

9 Tips Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu


9 Tips Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebelum pajak emas, anda perlu tahu duit pajak ialah PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Kalau harga emas naik, anda boleh buat overlaps. Dan overlaps adalah pertambahan hutang, bukan “passive income” sebagaimana salah faham oleh sesetengah orang. Artikel ni adalah sambungan artikel “Cara Memajak Emas di Ar-Rahnu“. Sebelum memajak emas, ini 9 tips penting yang anda perlu tahu:
Tips #1 – Pilih ‘Timing’ Paling Sesuai
Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila
(1) harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah, atau
(2) nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan. Kalau sebab lain, saya tak syorkan melainkan anda dah kenalpasti sumber ‘pendapatan’ yang akan digunakan untuk tebus balik emas tu. Dan pantang larang paling penting, jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!

Tips #2 – Pajak Mengikut Modal Diperlukan Sahaja
Margin pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 65% – 70%. Katakanlah anda perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti anda dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #3 – Satu Emas, Satu Surat Pajak
Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan anda untuk tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu anda buat satu surat pajak, anda kena tebus semua sekaligus!
Tapi kekurangannya ialah anda terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab anda dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya seolah-olah anda membuka 10 akaun bank!

Tips #4 – Survey Upah Simpan Paling Rendah
Setiap ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab polisi setiap ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.

Tips #5 – Asingkan Duit Untuk Caj Pajakan
Berdasarkan illustrasi yang saya buat dalam artikel “Cara Pajak Emas di Ar-Rahnu“, katakanlah anda dapat pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, anda hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes. Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, anda boleh pakai duit tu jer untuk bayar upah dan renew surat pajak especially bila (1) anda belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk anda menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu bila harga emas jatuh mendadak.

Tips #6 – Tebus Emas Secepat Mungkin
Biasanya ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urusniaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Anda dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #7 – Jangan Pajak Emas Berseal
Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau anda buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal macam emas Public Gold, Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan barang kemas semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal ialah emas yang datang dari luar negara.
Emas KFH dan Pamp Suisse antara emas yang berseal – tak sesuai di pajak.
PUBLIC GOLD dah buat perjanjian dengan PEJABAT POS jadi emas PUBLIC GOLD yg berseal akan diterima di arrahnu pejabat pos tanpa dibuka sealnya..

Tips #8 – Jangan Beli Emas Cara Ar-Rahnu 70:30
Kalau ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu anda bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung berganda adalah penjual emas, bukan pelabur.
tips fb pelaburan emas public gold
Saya pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat excited untuk skim belian begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10,000,000 dalam masa 5 tahun hanya bermodalkan RM20,000! Rupa-rupanya, penjual emas tu cuma cerita separuh jalan jer dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi, baru dia tahu ‘plan’ penjual tu sebenarnya tak praktikal!

Tips #9 – Jaga Nama Baik Dalam Rekod CCRIS BNM
Untuk makluman anda, walaupun ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau anda nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS anda termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau anda ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’ sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod! Jadi, pinjaman di ar-rahnu wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggal rekod buruk bila anda nak buat pinjaman lain nanti. Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain, explain awal-awal pada staff yang in-charge sebab takut mereka anggap anda banyak komitmen hutang.

Tips #10 – Ambil Foto Emas Sebelum Pajak (Tips Bonus)
Saya syorkan snap foto setiap emas tu sebelum masuk ar-rahnu. Kalau anda tak mampu tebus balik emas tu, anda masih ada jalan terakhir sebelum emas tu dilelong, iaitu jual surat pajak. Cari pembeli yang sanggup beli emas tu supaya emas tu tak tergadai dan nama anda tak diblacklist.
Bila nak jual surat pajak, pembeli biasanya nak tengok foto emas tu dulu terutamanya pembeli barang kemas. Kalau designnya kena dengan citarasa, baru mereka sanggup beli. Bila anda ada foto emas tu, senang untuk anda promote untuk dapatkan pembeli. Kalau tak, memang susah nak cari pembeli. Bak kata orang putih, picture represent thousand of words!
Jadi, itulah 10 tips penting sebelum anda memajak emas di ar-rahnu. Plan betul-betul, dan pastikan anda pajak emas dengan STRATEGI yang betul. Jangan main pajak jer sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan “teknik ar-rahnu” gara-gara nak “untung secupak”, tapi akhir sekali terpaksa rugi “segantang”!
Wallahu alam..

*Dikongsi oleh 
Mazlifah Omar
fb.com/mazlifah.omar.3?fref=nf

Wednesday 7 October 2015

[Uji Emas] Gemoro Auracle Gold Tester AGT



Cara Menilai Emas 
Menggunakan Gemoro Auracle Gold Tester AGT
Teknologi semakin hari semakin canggih, dahulu kita menggunakan asid untuk menentukan mutu ketulenan emas, sekarang terdapat pelbagai alat elektronik yang canggih yang dapat menggantikan asid untuk menentukan mutu ketulenan emas.
Teori AGT ini ialah menggunakan arus elektrik, Pen Probe digunakan bersama alat ini dan akan mengalirkan arus elektrik ke dalam emas dan diterima dan dianalisis oleh AGT. AGT akan menganalisis berapa peratus (%) arus elektrik yang dapat dialirkan oleh emas dan memberikan bacaan berdasarkan emas yang diuji. Jika sampel barang yang diuji bukan emas atau emas sadur , ia akan memberi bacaan NOT GOLD.
perbezaan antara AGT dengan Asid ialah Ujian asid diuji berdasarkan kesan torehan emas. Asid tidak dapat memberi bacaan dan kita perlu menganalisis keputusan itu sendiri. Ujian AGT ialah ujian atas permukaan emas dan AGT akan memberikan bacaan. Kita hanya perlu menganalisis keputusan AGT itu.
Kebaikan :
1) Ujian emas menjadi senang dan cepat.
2) Selamat digunakan (tiada cecair toksin yang bahaya)
3) Kejituan bacaan yang tinggi.
4) Boleh uji Barang Kemas hollow
Keburukan:
1) kena pakai dengan cara yang betul.
2) tidak sesuai uji barang kemas yang berwarna putih atau tebal.
3) kena gosok atau bersihkan emas sebelum uji untuk menambahkan kejituan.
Secara RIngkasnya, AGT adalah satu alat yang ringkas dengan sesuai untuk pengujian barang kemas dengan cepat dan selamat.
Sumber dari fb.com/pengujiemas
_________________________________________________________________________________


Sunday 4 October 2015

[Emas Palsu] Cincin Tungsten



Berhati-hati jika ada seseorang offer jual atau pajak cincin berat lebih 10 gram . Cop 916 dan MG. Cincin ini disadur dengan emas dan isinya ialah Tungsten.
Saiz cincin ini tiada dalam saiz pengukur cincin, "Kilang" ini sengaja buat untuk tipu.
______________________________________________________________________________
*Dipetik dari fb.com/pengujiemas

Admin : Salah satu perbezaan tungsten & emas adalah kekerasan. Jika cincin ini diuji dengan densimeter, sudah tentu akan dapat 24K kerana ketumpatan tungsten & emas adalah sama ( Boleh rujuk sini   ). So, emas 24k@999 ni cirinya agak lembut sikit, kalau cincin tu emas 24k, kau try gigit sikit mesti ade tinggal kesan, kalau gigi saudara-saudari patah, maknanya tungsten atau logam lain la tu, tapi kalau gigi kalian patah semua, maknanya kau gigit cincin ni depan tuan dia.
Dalam kes ini, magnet juga failed sebab tungsten tidak bertindak balas pada magnet. So, cara terbaik serta termurah adalah guna batu uji + asid. Tores emas tu kuat sikit di bahagian tepi(bucu) sebab bahagian ni susah untuk disalut tebal. Biasanya otai/orang lama pegang cincin ni pun dah dapat detect. Jarang sangat Cincin Tungsten ni boleh lepas Kedai Emas / Ar-Rahnu. So, mangsanya admin rasa ramai di kalangan rakyat jelata yang beli emas tanpa ilmu dengan penjual freelance.

[Uji Emas] Toresan Pada Batu Uji



Rahsia Cara Tukang Emas menguji emas
Memerhati warna emas
Apakah warna sebenar emas?
Kuning? Jingga?merah?hijau?putih?Macam susah nak jelaskan sebab emas boleh datang dalam warna-warna yang berbeza apabila ia bercampur dengan sebatian yang berbeza.
Untuk mengenalpasti perbezaan warna emas, Batu Hitam dan jarum emas adalah amat berguna. Tahukah anda, setiap tukang atau pembeli emas yang berpengalaman boleh membezakan mutu ketulenan emas dengan batu hitam sahaja tanpa menggunakan asid dan jarum emas.
Berikut adalah rahsia dan penjelasan kenapa tukang emas dapat membezakan mutu ketulenan emas dari segi kesan torehan emas pada batu hitam.
Dari kanan:
Emas 999 : Emas Sebenar mempunyai peratusan kemilau tetapi tidak perlu sangat berkilat.
Emas 916 : sebab emas 916 adalah campuran 91.6% emas tulen dan 8.4% adalah tembaga atau perak, jadi dapat lihat warna emas 916 adalah campuran daripada emas tulen dan tembaga, merah sedikit tetapi tidak berkilat.
Tembaga 999: Warna tembaga adalah merah
Bukan emas : Apabila warna emas adalah sangat berkilat, ia bukan emas sebenar.
Perak 999 : Warna perak adalah putih terang.
pemeriksaan mutu ketulenan emas dengan kesan torehan emas diatas batu hitam memerlukan latihan dan pengalaman. Ini bukan satu cara untuk mengiktiraf emas sebenar tetapi ia adalah rahsia Cara Tukang Emas yang pakai dari dulu sampai sekarang.
_________________________________________________________________________________
*Dipetik dari fb.com/pengujiemas

Friday 2 October 2015

[Uji Emas] Kaedah Asid


Ujian Asid-- Asid
Emas adalah satu logam yang tidak akan bertindak balas dengan bahan kimia. Itulah sebabnya ujian Asid dipakai dari dulu sampai sekarang untuk menentukan mutu ketulenan emas. Ia terdiri daripada 4 bahan:
1) Asid Hidroklorik 65%
-untuk menentukan emas atau sebaliknya.
2) Asid Nitrik 37%
-untuk menentukan kualiti emas
3) Batu Uji/Hitam/Sungai
- batu untuk ujian asid dan untuk meneliti kesan torehan emas.
4) Kunci/Jarum Emas
- Jarum Emas mempunyai pelbagai jenis mutu ketulenan emas untuk membuat perbandingan terhadap kesan warna torehan emas.
*Boleh rujuk di Post Alat Uji Emas untuk gambar.

Ujian Asid sesuai untuk menentukan kualiti emas. Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
i) Emas akan di gosokkan atas permukaan batu hitam dan ia akan meninggalkan kesan torehan emas.
ii) Titiskan Asid Hidroklorik di atas kesan torehan emas tersebut, Jika warna luntur maka ia bukan emas.
iii) Titiskan Asid Nitrik untuk menentukan mutu kualiti emas.
Kebaikan Ujian Asid
i) mudah dan keputusan dipercayai dari dulu sampai sekarang.
ii) Kos murah
Keburukan Ujian Asid
i) berbahaya dan berbau
ii) akan merosakkan permukaan emas
iii) memerlukan analisis keputusan dengan sendiri.
Mengikut Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, penggunaan Asid mesti dijalankan dengan selamat. Topeng muka dan sarung tangan wajib dipakai kerana wap asid adalah beracun dan asid akan menyebabkan kulit melecur jika terkena.
Mereka yang berpengalaman akan meneliti perbezaan warna torehan emas atas batu uji.