Pages

Harga Emas Terkini Ar-Rahnu


Ar-Rahnu

999

(24K)

916

(22K)

Bank Rakyat/Exchange

199.99

183.33

Bank Muamalat

179.07

161.19

Agro Bank

203.06

186.00

Bank Islam

175.40

172.40

YaPEIM

192.00

176.00

MAIDAM

(Terengganu Shj)

199.16

182.43

Pos Malaysia

172.36

155.12

*Update 22 Jamadil Akhir 1438H

Harga Emas Dunia

Monday 21 December 2015

[Off Topic] Cara2 Menjawab Soalan Temuduga

Lama tak update blog. Jalan2 kat blog org jumpa artikel ni. Boleh pakai jugak jawapan2 depa ni. Semoga bermanfaat..

1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)
JAWAPAN SALAH:
“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.
2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)
JAWAPAN YANG SALAH:
“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”
3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)
JAWAPAN SALAH:
“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”
PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”
4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)
JAWAPAN SALAH:
“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field
5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)
JAWAPAN YANG SALAH:
“I tend to put things to the very last minute.”
PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”
6. What salary are you looking for?
JAWAPAN YANG SALAH:
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”
7. Why should I hire you?
JAWAPAN YANG SALAH:
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges.”

Saturday 28 November 2015

Syiling Emas Purba Timbul di Gaza



Sekotak penuh syiling emas ditemui pada Isnin (23/11/2015) semasa kerja pembinaan dijalankan di persekitaran Sujaiyah, Bandar Gaza.

Peti berisi emas tersebut ditemui seorang pekerja penggali ketika sedang menurap jalan di Baghdad Street, kawasan Daerah Sujaiyah.

Sejumlah pengamat artifak meramalkan bahawa syiling emas tersebut berasal dari zaman keemasan Bizantium, jauh sebelum Islam tersebar ke wilayah Palestin.

Syiling-syiling emas asal tersebut dinilai penemuan purbakala yang mengejutkan.

Dipetik dari laman Algemeiner, bahawa sebuah pergaduhan sempat terjadi di antara penduduk kawasan tersebut berkaitan syiling emas ini, yang kemudian reda selepas polis yang dikawal oleh Hamas campur tangan.

Dilaporkan bahawa polis telah menyita syiling dan benda-benda purbakala lain.

Dr Nihad Mughani, Pengarah Umum Teknik dan Perancangan Bandar Gaza, mengatakan dalam kenyataan sidang akhbar bahawa syiling tersebut dan benda arkeologi lain, yang digali secara tidak sengaja di lingkugan Sujaiyah, disebut ada sejak era Kesultanan Usmaniyah.

Ia menyatakan bahawa Bandar Gaza mengumumkan penamatan semua kerja pembinaan sehingga para ahli arkeologi dapat memeriksa tempat tersebut dengan betul.

sumber : harakahdaily.net





Saturday 31 October 2015

[Off Topic] Tahniah Pasukan JDT !!!!!



Kami dari warga emas10.com mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) atas kemenangan 0 - 1 ke atas FC Istiklol seterusnya dinobatkan sebagai Juara AFC Cup Final 2015 yang berlangsung di STADIUM CENTRAL REPUBLICAN, DUSHANBE, TAJIKISTAN, 31 Oktober 2015. Walaupun admin bukan orang johor, tapi admin turut berbangga atas kejayaan tersebut. Besar makna kejayaan ini kepada kita di Asia Tenggara terutama di Malaysia kerana JDT merupakan pasukan pertama dari Asia Tenggara yang berjaya membawa pulang Piala AFC. Tahniah kepada pihak pengurusan JDT. 

Tuesday 27 October 2015

[Uji Emas] Ultrasonic Thickness Gauge




Cara Uji Emas (Gold Bar Besar)
Ultrasonic Thickness Gauge


Bagaimanakah untuk menguji Gold Bar yang tebal seperti dalam gambar berikut?

Jawapannya ialah dengan menggunakan Ultrasound Thickness Gauge. Mari kita bincang bagaimana Ultrasound ini berfungsi? Alat Ultrasound akan memancarkan gelombang frekuensi kedalam sampel, frekuensi tersebut akan memancarkan kembali jika ia menemui sample yang berlainan.

Contohnya jika kita ingin mengetahui kedalaman laut, kapal akan memancarkan gelombang frekuensi Ultrasound kebawah laut dan gelombang frekuensi Ultasound tersebut akan melontar balik kepada kapal apabila gelombang frekuensi Ultrasound itu sampai di dasar laut. Jadi alat Ultrasound dapat mengira kedalaman laut dengan mengira masa frekuensi yang diterima.

Sebelum memulakan penggunaan Ultrasonic Thickness Gauge, ketebalan sampel perlu diukur dan gel perlu disapu untuk menghilangkan udara sentuhan probe dengan logam. Jika ketebalan sample adalah 10cm tetapi bacaan alat menunjukkan bacaan 5cm maka bermaksud terdapat sesuatu di dalam sample itu.

Ultrasonic Thickness Gauge sesuai untuk Gold Bar yang besar sahaja, ia tidak sesuai untuk pengujian barang kemas atau barang hollow. 


*Dipetik dr fb.com/pengujiemas
___________________________________________________________________________________________

Admin tak pernah jumpa alat uji emas ni..Ye lah, main emas kecik2 je mane nak jumpa alat untuk emas high level ni. Emas besar2 macam ni mungkin banyak kat bank2 sebagai reserve.

Monday 19 October 2015

[Ar-Rahnu] Cara Membuat Gadaian

Cara membuat gadaian di Ar-Rahnu
Cara pajak emas di Ar-Rahnu

بسم الله الرحمن الرحيم
Sebenarnya dah banyak tutorial cara untuk membuat gadaian di Ar-Rahnu yang dikongsi di facebook dan juga blog. Google saja mesti jumpa. Ini cara gadaian di Ar-Rahnu versi admin pula. Lain penulis lain cara, semoga bermanfaat untuk para pembaca.


Apa yang perlu dibawa ?
i.   Kad Pengenalan asal dan Salinan
ii.  Emas (Jika Gold Bar/Dinar, bawa sekali sijil@resit pembelian, biasanya Ar-Rahnu akan minta)
iii. (Ar-Rahnu Bank mewajibkan Penggadai untuk membuka akaun)
     -update sept.2016: admin baru pergi bank rakyat, & bank rakyat telah memansuhkan syarat nak
      gadai wajib buka akaun. Mungkin sebab nak buka akaun ni lama, jadi kita sebagai customer pun
      bukan rajin sangat nak tunggu lama2. Baik pergi ArRahnu yg under koperasi lagi cepat & simple
      urusannye. Bank lain pun mungkin tidak mewajibkan lagi syarat ni.

Step :
i.   Anda serahkan emas anda untuk ditaksir/dinilai oleh staf Ar-Rahnu
ii.  Staf Ar-Rahnu akan memberitahu nilai gadaian/pinjaman & upah simpan
iii. Anda boleh memilih untuk tidak mengambil nilai gadaian maksimum, contoh :nilai gadaian / pinjaman yang diberitahu adalah RM5,000, anda cuma mahu pinjam RM4,000. Tapi ingat, upah simpan tetap sama kerana ia dikira berdasarkan nilaian emas, bukan nilai yang anda pinjam,
iv. Sedikit briefing dari staf Ar-Rahnu mengenai gadaian anda (bila tamat, berapa lama boleh sambung, upah simpan untuk sebulan/setengah bulan). Anda boleh tanya kalau staf tu tak bagitau.
v. Berlaku Ijab & Qabul..Setel, dapat duit bayar hutang ptptn..kuikuikui..


Surat Akuan Gadaian (SAG)
Setelah membuat gadaian, anda akan menerima SAG sebagai rujukan details gadaian anda.

Contoh Surat Akuan Gadaian
Apa yang admin nak highlight pada SAG ni adalah butiran penting yang kalian perlu pastikan sebelum meninggalkan Ar-Rahnu.
-Tarikh Gadai dan Tamat/Matang
-Keterangan Marhun (Kategori Emas, Mutu, Berat)
-Nilai Taksiran
-Nilai Gadaian/Pinjaman
-Upah Simpan


Cara Mengira Nilai Gadaian & Upah Simpan
be right back....

Saturday 17 October 2015

[Uji Emas] Densimeter


Densimeter
Setiap logam mempunyai ketumpatan yang tersendiri, contohnya ketumpatan emas ialah 19.3g/cm3, perak ialah 10.49g/cm3.
Cara untuk mendapatkan ketumpatan ialah: berat / isipadu
Inilah cara Densimeter mendapat ketumpatan sesuatu logam.Disebabkan campuran logam yang berbeza akan memberikan bacaan ketumpatan yang berbeza misalnya campuran tembaga dan perak dalam emas akan mengurangkan ketumpatan emas, jadi penggunaan Densimeter dapat memberi keputusan terhadap mutu ketulenan emas dengan cepat dan tepat.
Densimeter kini dipakai dan dipercayai oleh seluruh arrahnu di Malaysia. Tetapi terdapat beberapa perkara harus diberi tumpuan semasa menggunakan Densimeter:
1) Barang Kemas yang mempunyai batu permata atau hollow tidak dapat diuji dengan Densimeter. 
2) Densimeter tidak dapat menguji berat barang sampel yang 5 gram ke bawah ( bergantung model) [biasanya ada tertulis pada densimeter berat barang yang mampu untuk diuji]
3) Tungsten mempunyai ketumpatan 19.25g/cm3 yang hampir sama dengan ketumpatan emas 19.3g/cm3, Jadi Densimeter tidak dapat membezakan Tungsten dengan Emas.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Friday 16 October 2015

[Kes Emas] Perompak larikan peti besi kedai emas

Perompak larikan peti besi kedai emas
Kedai emas yang berjaya dimasuki oleh perompak di Jalan Tok Hakim

KOTA BHARU, 15 Oktober 2015 - Satu daripada tiga peti besi sebuah kedai emas di bandar ini berjaya ditebuk perompak dan barangan kemas di dalamnya dilarikan dalam kejadian Jalan Tok Hakim, di sini, semalam.

Kejadian disedari pemilik kedai emas itu, Mohd Zulkifli Mokhtar,49, yang bersama isteri datang untuk membuka operasi perniagaan pada jam 10 pagi tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, perompak masuk melalui belakang dengan memanjat dinding serta menebuk siling sebelum terjun ke bahagian dalam kedai terbabit.

"Kejadian dipercayai berlaku antara jam 10 malam semalam dan 6 pagi tadi oleh empat suspek yang profesional.

"Turut dijumpai topeng muka dan lapan pasang sarung tangan dipercayai digunakan secara bergilir bagi mengelak peluh yang boleh memberi kesan DNA," katanya.

Jumlah kerugian dilaporkan mencecah RM200,000.


Sumber : Sinar Harian
Artikel Asal : SinarHarian.com.my

9 Tips Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu


9 Tips Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebelum pajak emas, anda perlu tahu duit pajak ialah PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Kalau harga emas naik, anda boleh buat overlaps. Dan overlaps adalah pertambahan hutang, bukan “passive income” sebagaimana salah faham oleh sesetengah orang. Artikel ni adalah sambungan artikel “Cara Memajak Emas di Ar-Rahnu“. Sebelum memajak emas, ini 9 tips penting yang anda perlu tahu:
Tips #1 – Pilih ‘Timing’ Paling Sesuai
Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila
(1) harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah, atau
(2) nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan. Kalau sebab lain, saya tak syorkan melainkan anda dah kenalpasti sumber ‘pendapatan’ yang akan digunakan untuk tebus balik emas tu. Dan pantang larang paling penting, jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!

Tips #2 – Pajak Mengikut Modal Diperlukan Sahaja
Margin pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 65% – 70%. Katakanlah anda perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti anda dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #3 – Satu Emas, Satu Surat Pajak
Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan anda untuk tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu anda buat satu surat pajak, anda kena tebus semua sekaligus!
Tapi kekurangannya ialah anda terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab anda dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya seolah-olah anda membuka 10 akaun bank!

Tips #4 – Survey Upah Simpan Paling Rendah
Setiap ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab polisi setiap ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.

Tips #5 – Asingkan Duit Untuk Caj Pajakan
Berdasarkan illustrasi yang saya buat dalam artikel “Cara Pajak Emas di Ar-Rahnu“, katakanlah anda dapat pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, anda hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes. Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, anda boleh pakai duit tu jer untuk bayar upah dan renew surat pajak especially bila (1) anda belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk anda menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu bila harga emas jatuh mendadak.

Tips #6 – Tebus Emas Secepat Mungkin
Biasanya ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urusniaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Anda dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #7 – Jangan Pajak Emas Berseal
Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau anda buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal macam emas Public Gold, Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan barang kemas semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal ialah emas yang datang dari luar negara.
Emas KFH dan Pamp Suisse antara emas yang berseal – tak sesuai di pajak.
PUBLIC GOLD dah buat perjanjian dengan PEJABAT POS jadi emas PUBLIC GOLD yg berseal akan diterima di arrahnu pejabat pos tanpa dibuka sealnya..

Tips #8 – Jangan Beli Emas Cara Ar-Rahnu 70:30
Kalau ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu anda bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung berganda adalah penjual emas, bukan pelabur.
tips fb pelaburan emas public gold
Saya pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat excited untuk skim belian begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10,000,000 dalam masa 5 tahun hanya bermodalkan RM20,000! Rupa-rupanya, penjual emas tu cuma cerita separuh jalan jer dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi, baru dia tahu ‘plan’ penjual tu sebenarnya tak praktikal!

Tips #9 – Jaga Nama Baik Dalam Rekod CCRIS BNM
Untuk makluman anda, walaupun ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau anda nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS anda termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau anda ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’ sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod! Jadi, pinjaman di ar-rahnu wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggal rekod buruk bila anda nak buat pinjaman lain nanti. Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain, explain awal-awal pada staff yang in-charge sebab takut mereka anggap anda banyak komitmen hutang.

Tips #10 – Ambil Foto Emas Sebelum Pajak (Tips Bonus)
Saya syorkan snap foto setiap emas tu sebelum masuk ar-rahnu. Kalau anda tak mampu tebus balik emas tu, anda masih ada jalan terakhir sebelum emas tu dilelong, iaitu jual surat pajak. Cari pembeli yang sanggup beli emas tu supaya emas tu tak tergadai dan nama anda tak diblacklist.
Bila nak jual surat pajak, pembeli biasanya nak tengok foto emas tu dulu terutamanya pembeli barang kemas. Kalau designnya kena dengan citarasa, baru mereka sanggup beli. Bila anda ada foto emas tu, senang untuk anda promote untuk dapatkan pembeli. Kalau tak, memang susah nak cari pembeli. Bak kata orang putih, picture represent thousand of words!
Jadi, itulah 10 tips penting sebelum anda memajak emas di ar-rahnu. Plan betul-betul, dan pastikan anda pajak emas dengan STRATEGI yang betul. Jangan main pajak jer sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan “teknik ar-rahnu” gara-gara nak “untung secupak”, tapi akhir sekali terpaksa rugi “segantang”!
Wallahu alam..

*Dikongsi oleh 
Mazlifah Omar
fb.com/mazlifah.omar.3?fref=nf

Wednesday 7 October 2015

[Uji Emas] Gemoro Auracle Gold Tester AGT



Cara Menilai Emas 
Menggunakan Gemoro Auracle Gold Tester AGT
Teknologi semakin hari semakin canggih, dahulu kita menggunakan asid untuk menentukan mutu ketulenan emas, sekarang terdapat pelbagai alat elektronik yang canggih yang dapat menggantikan asid untuk menentukan mutu ketulenan emas.
Teori AGT ini ialah menggunakan arus elektrik, Pen Probe digunakan bersama alat ini dan akan mengalirkan arus elektrik ke dalam emas dan diterima dan dianalisis oleh AGT. AGT akan menganalisis berapa peratus (%) arus elektrik yang dapat dialirkan oleh emas dan memberikan bacaan berdasarkan emas yang diuji. Jika sampel barang yang diuji bukan emas atau emas sadur , ia akan memberi bacaan NOT GOLD.
perbezaan antara AGT dengan Asid ialah Ujian asid diuji berdasarkan kesan torehan emas. Asid tidak dapat memberi bacaan dan kita perlu menganalisis keputusan itu sendiri. Ujian AGT ialah ujian atas permukaan emas dan AGT akan memberikan bacaan. Kita hanya perlu menganalisis keputusan AGT itu.
Kebaikan :
1) Ujian emas menjadi senang dan cepat.
2) Selamat digunakan (tiada cecair toksin yang bahaya)
3) Kejituan bacaan yang tinggi.
4) Boleh uji Barang Kemas hollow
Keburukan:
1) kena pakai dengan cara yang betul.
2) tidak sesuai uji barang kemas yang berwarna putih atau tebal.
3) kena gosok atau bersihkan emas sebelum uji untuk menambahkan kejituan.
Secara RIngkasnya, AGT adalah satu alat yang ringkas dengan sesuai untuk pengujian barang kemas dengan cepat dan selamat.
Sumber dari fb.com/pengujiemas
_________________________________________________________________________________


Sunday 4 October 2015

[Emas Palsu] Cincin Tungsten



Berhati-hati jika ada seseorang offer jual atau pajak cincin berat lebih 10 gram . Cop 916 dan MG. Cincin ini disadur dengan emas dan isinya ialah Tungsten.
Saiz cincin ini tiada dalam saiz pengukur cincin, "Kilang" ini sengaja buat untuk tipu.
______________________________________________________________________________
*Dipetik dari fb.com/pengujiemas

Admin : Salah satu perbezaan tungsten & emas adalah kekerasan. Jika cincin ini diuji dengan densimeter, sudah tentu akan dapat 24K kerana ketumpatan tungsten & emas adalah sama ( Boleh rujuk sini   ). So, emas 24k@999 ni cirinya agak lembut sikit, kalau cincin tu emas 24k, kau try gigit sikit mesti ade tinggal kesan, kalau gigi saudara-saudari patah, maknanya tungsten atau logam lain la tu, tapi kalau gigi kalian patah semua, maknanya kau gigit cincin ni depan tuan dia.
Dalam kes ini, magnet juga failed sebab tungsten tidak bertindak balas pada magnet. So, cara terbaik serta termurah adalah guna batu uji + asid. Tores emas tu kuat sikit di bahagian tepi(bucu) sebab bahagian ni susah untuk disalut tebal. Biasanya otai/orang lama pegang cincin ni pun dah dapat detect. Jarang sangat Cincin Tungsten ni boleh lepas Kedai Emas / Ar-Rahnu. So, mangsanya admin rasa ramai di kalangan rakyat jelata yang beli emas tanpa ilmu dengan penjual freelance.

[Uji Emas] Toresan Pada Batu Uji



Rahsia Cara Tukang Emas menguji emas
Memerhati warna emas
Apakah warna sebenar emas?
Kuning? Jingga?merah?hijau?putih?Macam susah nak jelaskan sebab emas boleh datang dalam warna-warna yang berbeza apabila ia bercampur dengan sebatian yang berbeza.
Untuk mengenalpasti perbezaan warna emas, Batu Hitam dan jarum emas adalah amat berguna. Tahukah anda, setiap tukang atau pembeli emas yang berpengalaman boleh membezakan mutu ketulenan emas dengan batu hitam sahaja tanpa menggunakan asid dan jarum emas.
Berikut adalah rahsia dan penjelasan kenapa tukang emas dapat membezakan mutu ketulenan emas dari segi kesan torehan emas pada batu hitam.
Dari kanan:
Emas 999 : Emas Sebenar mempunyai peratusan kemilau tetapi tidak perlu sangat berkilat.
Emas 916 : sebab emas 916 adalah campuran 91.6% emas tulen dan 8.4% adalah tembaga atau perak, jadi dapat lihat warna emas 916 adalah campuran daripada emas tulen dan tembaga, merah sedikit tetapi tidak berkilat.
Tembaga 999: Warna tembaga adalah merah
Bukan emas : Apabila warna emas adalah sangat berkilat, ia bukan emas sebenar.
Perak 999 : Warna perak adalah putih terang.
pemeriksaan mutu ketulenan emas dengan kesan torehan emas diatas batu hitam memerlukan latihan dan pengalaman. Ini bukan satu cara untuk mengiktiraf emas sebenar tetapi ia adalah rahsia Cara Tukang Emas yang pakai dari dulu sampai sekarang.
_________________________________________________________________________________
*Dipetik dari fb.com/pengujiemas

Friday 2 October 2015

[Uji Emas] Kaedah Asid


Ujian Asid-- Asid
Emas adalah satu logam yang tidak akan bertindak balas dengan bahan kimia. Itulah sebabnya ujian Asid dipakai dari dulu sampai sekarang untuk menentukan mutu ketulenan emas. Ia terdiri daripada 4 bahan:
1) Asid Hidroklorik 65%
-untuk menentukan emas atau sebaliknya.
2) Asid Nitrik 37%
-untuk menentukan kualiti emas
3) Batu Uji/Hitam/Sungai
- batu untuk ujian asid dan untuk meneliti kesan torehan emas.
4) Kunci/Jarum Emas
- Jarum Emas mempunyai pelbagai jenis mutu ketulenan emas untuk membuat perbandingan terhadap kesan warna torehan emas.
*Boleh rujuk di Post Alat Uji Emas untuk gambar.

Ujian Asid sesuai untuk menentukan kualiti emas. Cara menggunakannya adalah seperti berikut:
i) Emas akan di gosokkan atas permukaan batu hitam dan ia akan meninggalkan kesan torehan emas.
ii) Titiskan Asid Hidroklorik di atas kesan torehan emas tersebut, Jika warna luntur maka ia bukan emas.
iii) Titiskan Asid Nitrik untuk menentukan mutu kualiti emas.
Kebaikan Ujian Asid
i) mudah dan keputusan dipercayai dari dulu sampai sekarang.
ii) Kos murah
Keburukan Ujian Asid
i) berbahaya dan berbau
ii) akan merosakkan permukaan emas
iii) memerlukan analisis keputusan dengan sendiri.
Mengikut Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1994, penggunaan Asid mesti dijalankan dengan selamat. Topeng muka dan sarung tangan wajib dipakai kerana wap asid adalah beracun dan asid akan menyebabkan kulit melecur jika terkena.
Mereka yang berpengalaman akan meneliti perbezaan warna torehan emas atas batu uji.


Monday 28 September 2015

51 Fakta Menarik Tentang Emas




51 Fakta Menarik Tentang Emas

Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas:-
1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas. 2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum) 3. Nombor atom untuk emas adalah 79 4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas,hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod. 5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial 6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat. 7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi 8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia. 9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air 10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang. Ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu. 11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties. 12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi. 13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian. 14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik. 15. Emas adalah logam peralihan. 16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain. 17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik. 18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas. 19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905. 20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik. 21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m) 22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent. 23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.(perak,kuprum) 24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-
* Kekerasan * Kekuatan * Sifat kelogaman(metallugical) * Suhu lebur * Perubahan warna sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik. 26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red 27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat 28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-
* Hasilnya adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau. 30. Emas sangat tumpat:-
* 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.
32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55) 33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) 34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak) 35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya. 36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Jumlah emas yang disimpan bank negara = wang yang dicetak
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia. 38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang. 39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap. 40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing. 41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods. 42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap. 43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999 44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras. 45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k) 46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k) 47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat. 49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat. 50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
51. Emas yang paling bernilai sekali adalah Warga Emas.

Diolah semula dari carigold.com

Wednesday 23 September 2015

Salam aIdiladHa 1436 hIJraH

Admin sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada seluruh umat islam. Semoga para jemaah haji mendapat haji yang mabrur..Insyaallah

Tuesday 22 September 2015

Harga Emas Semasa



Harga Emas Terkini Ar-Rahnu


Harga Emas terkini di Ar-Rahnu boleh rujuk di atas.
Sengaja admin pamer emas bermutu 999 & 916 sahaja kerana kebanyakan emas sekarang adalah di kalangan mutu tersebut. Harga mungkin berbeza dari harga yang sebenar kerana admin hanyalah insan yang tidak bersangkutan dengan mana-mana Ar-Rahnu. Tidaklah satu-satu Ar-Rahnu hantar harga harian kepada admin untuk update, admin usaha sendiri dengan bantuan sahabat, untuk rujukan admin dan kongsi untuk kalian semua, semoga bermanfaat.

Klik pada logo Ar-Rahnu untuk ke Website jika mahu lihat harga bagi mutu lain. 
*Ar-Rahnu Agrobank,Bank Islam & Maidam agak sukar untuk dapatkan harga terkini kerana tidak dipapar dalam web. Admin terpaksa cari inisiatif lain seperti call sendiri Ar-Rahnu tersebut untuk dapatkan harga terkini.

Paling banyak atau trend sekarang adalah 916, 999 sudah jarang kalau ada mungkin emas turun temurun harta pusaka keluarga. Nak beli barang kemas 999 pun kene tempah dulu. Kebanyakan emas bermutu 999 sekarang adalah berbentuk gold bar/jongkong sesuai untuk untuk pelaburan/simpanan. 


Jika kalian bekerja di mana-mana Ar-Rahnu, boleh kongsi di sini harga terkini di tempat kalian. 

Tuesday 15 September 2015

Timbangan & Mutu Emas





📟 Mari Belajar Unit Timbangan Lama Emas💰
⌛1 Kati = 600 gram
⌛1 Tahil = 40.824 gram
⌛1 Pikul = 60.48 kg,
⌛1 Mayam = 3.37 gram
⌛1 Rial = 2.72 gram
⌛1 Kupang = 0.637875 gram
⌛1 Amas = 2.551 gram
⌛1 Suku = 0.8425 gram
⌛1 Busak = 0.337 gram
⌛1 Keneri = 0.15946875 gram

📟 Ini pula jenis ketulenan emas yang diukur pada zaman dahulu:
📍999 – 24K - Emas Sepuluh / Chuk Kan / Emas Kertas
📍950 – 23K - Emas Kelantan / Emas 9 1/2
📍916 – 22K - Emas Singapura
📍900 – 21.6K - Emas Sembilan
📍875 – 21K - Tiada nama lain dapat dicari
📍835 – 20K - Tiada nama lain dapat dicari
📍800 – 19K - Emas Paun
📍750 – 18K - Tiada nama lain dapat dicari
📍585 – 14K - Tiada nama lain dapat dicari
📍373 – 9K - Suasa

*Setiap negeri mungkin ada nama lain / nama tersendiri bagi mutu emas.

Monday 7 September 2015

Kursus : Mengenal & Menilai Emas & Berlian

 Assalamualaikum warga emas-10 sekalian.Lambat pula admin update pasal admin kena hadir 3 kursus berlainan straight 1 minggu sekaligus. Laptop pula tak bawa, nak update ikut henpon nokia berlampu suluh internet pulak takde. Sekarang ni pun tengah kursus pengurusan aset 3 hari. Best jugak pergi kursus, boleh la sedikit sebanyak tambah ilmu. Baru la hari ni lebih baik dari hari semalam, ye tak..




Wednesday 2 September 2015

Zakat Emas



Perkara paling UTAMA sebelum kalian memiliki emas adalah tahu dan peduli dengan ilmu ZAKAT EMAS.  Bukan ilmu temberang keluar masuk keluar masuk Ar-Rahnu lepas tu tersontot #jomemas (sapa yg tahu dia paham, hehe). Setiap bulan konsisten beli emas tapi tak tau pun untuk keluarkan zakat emas yang sudah tertulis di dalam qalam Allah s.w.t.


Syarat dan cara untuk keluarkan saudara/saudari boleh rujuk di website Pejabat Urusan Zakat negeri masing-masing kerana lain negeri lain urufnya. Sama macam bayar zakat fitrah juga, kadarnya adalah berbeza mengikut negeri.

Bagi rakyat terengganu, boleh rujuk web sahabat admin yang memang di dalam bidang zakat. Jika nak jemput beliau bagi tazkirah zakat pun boleh.
Ustaz Azlan Kahlid
http://umarfarouq.blogspot.com/2014/11/zakat-emas-di-negeri-terengganu.html

@

http://www.terengganu.gov.my/maxc2020/baitulmgmt/gen.zakatEmas.php



Tuesday 1 September 2015

Alat Menguji / Menilai Emas

Di bawah ini adalah di antara alat-alat untuk menguji ketulenan emas yang biasa diguna di kedai-kedai Emas, Ar-Rahnu dan seangkatan dengannya. Sebagai pengenalan, hanya gambar dan sedikit ulasan sahaja, cara penggunaan lebih detail InsyaAllah admin-$ akan menglipur lara pada masa akan datang. Kalau ada request lagi cepat serta bersemangat admin-$ nak buat. Hehe. #Staytium


Neodymium Magnet

Kecik-kecik cili padi. Magnet ni kecik je, tapi sangat-sangat kuat daya penarikannya. Kalau tengok kat gambar tu, ada nampak kesan terserpih kan, Itu la akibat admin-$ main-main dengan 2 biji magnet ni. Memang sangat kuat sampai bila berlaga pun berkecai. Kalau ade besi dalam emas tu komfem lekat punya.




Densimeter

Ini alat paling femes untuk menguji emas. Biasa diguna di Ar-Rahnu & Kedai Emas. Menguji Emas dengan teori ketumpatan (berat normal vs berat dalam air). Barang emas padat memang makanan dia lah. Tapi kalau emas hollow, memang kelemahan dia.



Batu Sungai

Antara kaedah lama untuk menilai emas. Tores sahaja emas ke batu ini maka hasilnya adalah garisan kekuningan yang bermakna emaslah itu. Jika anda tores dengan perak, nescaya garisan keputihan akan terhasil (kalau tak silap, tapi bukan kuning la). Hadirin-hadirat boleh lihat hasil toresan dalam gambar tersebut, itulah warna garisan hasil toresan emas tulen. Maka hipotesis sains tingkatan 5 yang boleh kita simpulkan adalah, "Semakin rendah mutu emas, semakin cerah warna kuningannya".



Kunci Emas

Selain dari kunci pintu hati, kunci emas juga sangat bernilai. Digunakan bersama batu sungai untuk menilai mutu emas. Hasil toresan barang emas di batu tadi, dibandingkan pula dengan toresan kunci emas pada batu yang sama. Maka lebih mudah untuk mengenali mutu emas kerana pada kunci emas sudah tertera apakah mutu warna toresan tersebut, samaada 24k,23k dan sebagainya.



Asid

Antara jenis asid yang terbaik untuk menilai emas kerana ia sudah diklasifikasikan. Digunakan bersama batu sungai atau mana-mana batu uji emas. Admin-$ jarang guna kecuali untuk emas-emas tertentu. Agak merbahaya dan perlu berhati-hati ketika guna. Kena tangan memang gatal dan perlu cepat-cepat basuh. Tidak sesuai untuk diminum walaupun ketika darurat.



Loupe (Kanta Pembesar)

Kanta pembesar digunakan untuk melihat cop mutu pada barang emas. Boleh guna mana-mana jenis kanta pembesar mengikut citarasa sendiri. Gambarajah menunjukkan kanta pembesar yang biasa digunakan untuk melihat cop mutu emas.



Mesin XRF Fluorescence

Mesin TERBAIK untuk menilai emas. Menggunakan teknologi X-ray, scan terus barang emas tersebut dan hasilnya sangat details. Admin-$ pernah try semasa Seminar anjuran Yapiem di Kuantan dahulu. Sesetengah Ar-Rahnu Yapiem guna mesin ni. Walaupun ade langkah-langkah safety, admin-$ tetap rasa ianya agak berisiko terhadap diri kita. Main dengan barang x-ray ni, hari-hari pula tu, mesti sedikit sebanyak memberi kesan juga dekat diri kita (pandangan Admin-$ shj). Agak kurang mendapat sambutan di kalangan penggiat emas kerana kosnya yang menusuk kalbu, tak silap admin-$ RM25K - RM30K.





Diamond Selector
Bukan untuk uji emas, tetapi untuk lihat sejauh mana keaslian berlian yang bertatah pada barang emas seperti cincin, loket dan seangkatan dengannya.




Auracle AGT3
Sebuah alat uji emas yang terbaik juga bagi admin. Menguji emas ala-ala pen. Admin sendiri pernah test alat ni dan memang terbaik untuk mengesan mutu emas. Boleh jadi sebagai pengganti kepada Batu Uji + Asid Test malah lebih selamat dari itu kerana tak perlu main asid bagai.

Sunday 30 August 2015

Mukaddimah

Assalamualaikum w.b.t

Tujuan site ini dicipta adalah untuk mengumpul apa jua bahan tentang emas dan sewaktu dengannya supaya dapat menjadi sumber rujukan kepada kami dan juga pengunjung pada masa akan datang. Site ini diuruskan oleh dua orang admin yang secara langsung dan tidak langsung terlibat dengan dunia emas dari segi kerjayanya dan juga sumber rezekinya. Mungkin juga site ini akan diisi dengan perkara-perkara lain yang dianggap penting bagi admin dan akan diklasifikasikan sebagai offtopic.

Nama emas-10 diambil sempena nama emas bermutu 999 atau 24 karat atau emas tulen atau emas paling mahal dan terbaik di pasaran dunia. Emas 10 adalah panggilan secara adatnya terkenal di pantai timur tanah melayu iaitu Terengganu, Kelantan & Pahang sejak berkurun lamanya dan sudah tentu admin memilih nama ini kerana asal usul admin adalah dari sini jua. Juga sudah diketahui bahawa pada dahulu kala Tanah Melayu ini dikenali sebagai "Semananjung Emas" yang membawa maksud tanah ini kaya raya dengan kandungan emasnya yang sehingga kini terahsia dan menjadi tumpuan dunia.

Baiklah, sekian sahaja pengenalan untuk site ini. Segala penulisan atau maklumat di dalam site ini adalah luahan terus dari hati suci admin dan ianya tidak bebas dari kesalahan kerana kami adalah orang normal (normal people do mistake), so belajar bukanlah dari kesalahan tapi belajar adalah dari guru.  #Staytium dengan kami untuk  lebih tahu dari apa yang sudah anda tahu, jika anda sudah tahu pun buat2 baru tahu je lah.